Teori
Asal Mula Manusia menurut Charles Darwin
Pernyataan
Darwin mendukung bahwa manusia modern berevolusi dari sejenis makhluk yang
mirip kera. Selama proses evolusi tanpa bukti ini, yang diduga telah dimulai
dari 5 atau 6 juta tahun yang lalu, dinyatakan bahwa terdapat beberapa bentuk
peralihan antara manusia moderen dan nenek moyangnya. Menurut skenario yang
sungguh dibuat-buat ini, ditetapkanlah empat kelompok dasar sebagai
berikut:
2.
Homo habilis
3.
Homo erectus
4.
Homo sapiens
Genus yang dianggap
sebagai nenek moyang manusia yang mirip kera tersebut oleh evolusionis
digolongkan sebagai Australopithecus, yang berarti "kera dari
selatan".Australophitecus, yang tidak lain adalah jenis kera purba
yang telah punah, ditemukan dalam berbagai bentuk. Beberapa dari mereka lebih
besar dan kuat dan tegap, sementara yang lain lebih kecil dan rapuh dan
lemah. Dengan menjabarkan hubungan dalam rantai tersebut sebagai
"Australopithecus > Homo Habilis > Homo erectus >Homo
sapiens," evolusionis secara tidak langsung menyatakan bahwa setiap jenis
ini adalah nenek moyang jenis selanjutnya.
· Teori
yang paling popular diperkatakan berhubung kejadian manusia adalah teori
evolusi Charles Darwin. Teori ini diasaskan oleh seorang pakar biologi dari
England yang bernama Charles Robert Darwin (1809-1882 Masihi). Beliau
menegaskan, kesemua makhluk hidup, sama ada manusia ataupun haiwan, berasal
daripada keturunan yang sama (common ancestor). Keturunan yang awal ini
kemudiannya berubah dari satu tahap ke tahap yang lain demi menyesuaikan diri
dengan keadaan dan persekitaran yang sentiasa berubah. Hasil daripada perubahan
- perubahan itu yang memakan masa jutaan tahun, akhirnya lahirlah makhluk yang
kompleks yang bernama manusia. Beliau mengutarakan pendapatnya di dalam bukunya
yang bertajuk The Origin of Species by Means of Natural Selection pada tahun 1859.
Sekiranya
teori ini benar, kita pasti bertemu dengan banyak makhluk yang berbentuk
separuh binatang separuh manusia, separuh binatang laut dan separuh binatang
darat serta separuh burung dan separuh haiwan biasa kerana teori evolusi
menuntut kewujudan makhluk - makhluk ini sebagai bukti berkenaan kebenarannya.
Namun hingga ke hari ini makhluk seumpama itu tidak ditemui sehingga ke suatu
masa Darwin sendiri meragui teorinya.
Di dalam bukunya yang
bertajuk The Origin of Species beliau berkata:
"Jika makhluk -
makhluk berubah dari satu spesies ke spesies yang lain, mengapa tidak ditemui
spesies yang pertengahan itu (transitional forms)? Mengapa kehidupan wujud
dalam keadaan teratur dan tidak kelam - kabut? Mengapa makhluk penghubung
antara satu spesies dengan spesies yang lain tidak wujud? Perkara inilah yang
memeningkan kepalaku selama ini!"
Kenyataan ini
dilaporkan dalam The Origin of Species by Means of Natural Selection or the
Preservation of Favoured Species in the Struggle for Life (Charles Darwin;
Senate Press, London, 1995)
Bagi
membuktikan kewujudan spesies pertengahan ini, penipuan demi penipuan dilakukan
oleh ahli - ahli sains tertentu. Sebagai contoh pada tahun 1912 diisytiharkan
penemuan tulang rahang dan tempurung otak makhluk yang digelar sebagai Piltdown
Man. Tulang - tulang ini ditemui di Piltdown, England, oleh seorang ahli sains
yang bernama Charles Dawson. Ia dikatakan makhluk daripada spesies pertengahan
antara binatang dengan manusia. Selepas beberapa ujian dilakukan akhirnya pada
tahun 1953 didedahkan bahawa tulang rahang itu diambil daripada seekor orang
hutan yang baru meninggal dunia dan tempurung otaknya adalah tempurung otak
manusia yang sebenar. Hal ini dilaporkan dalam artikel bertajuk Smith
Woodward's Folly oleh Stephen Jay Gould dalam majalah New Scientist, 5 April
1979.
Secara
dasarnya teori Darwin menafikan kewujudan Tuhan. Kuasa penentu dalam proses
evolusi ini adalah natural selection atau 'kuasa semula jadi'. Justeru pengasas
teori komunisme, Karl Marx mengagumi Charles Darwin sehinggakan di dalam
bukunya Das Kapital beliau menganggap dirinya pengikut setia Charles Darwin.
Hal ini dinyatakan oleh Harun Yahya di dalam bukunya yang bertajuk Evolution
Deceit (Ta-Ha Publishers Ltd.; UK, 1999)
Sebenarnya
untuk teori Darwin menjadi kenyataan, hidup - hidupan perlu berubah secara
berperingkat - peringkat melalui proses mutasi (perubahan yang rawak dan
spontan). Mutasi dalah proses perubahan yang berlaku ke atas sesuatu sel
disebabkan perubahan yang berlaku ke atas sistem genetiknya. Justeru, andai
kata teori ini digunapakai, evolusi atau perubahan seekor ikan di zaman dahulu
kepada manusia bermula dengan proses mutasi yang berlaku ke atas gen ikan
berkurun - kurun lamanya sehingga akhirnya ia bertukar menjadi gen manusia yang
melahirkan manusia.
Adakah
pandangan ini dianggap logik? Pada hari ini pakar - pakar sains mula
mempertikaikan pandangan ini, sebagai contoh Dr. Lee Spetner. Beliau yang
mengajar di Universiti Johns Hopkins dan Institut Weizman, mengkaji proses
mutasi di peringkat molekul selama bertahun - tahun lamanya. Di dalam buku
beliau yang bertajuk Not by Chance: Shattering the Modern Theory of Evolution
(Judaica Press, ISBN: 1880582244, 1998), beliau menegaskan"
"Proses mutasi
mengurang dan bukan menambah maklumat genetik."
Dalam
bahasa mudah ia bermaksud mutasi menyebabkan kecacatan dan bukannya kemantapan.
Justeru, ikan tak mungkin dapat bertukar menjadi makhluk yang lebih mantap
bernam manusia. Justeru, teori evolusi adalah satu teori dangkal yang tidak
dapat diterima oleh sains.
Teori
Darwin membuang kuasa Tuhan dan meggantikannya dengan 'Kuasa Kebetulan' atau
'Kuasa Semula Jadi'. Sekiranya ini adalah kepercayaan Darwin, justeru timbul
pelbagai persoalan besar yang sukar dijawab semata - mata dengan menggunakan
teori ini. Sebagai contoh, bagaimana sel pertama wujud? Bagaimana sel ini mampu
berkembang dengan sendirinya menjadi makhluk yang pertama? Bagaimana is
menyusun protein - protein dengan cara yang begitu teratur hingga mampu
melahirkan makhluk yang kompleks?
Mengikut
Sir Francis Crick, seorang saintis yang pernah dianugerahkan hadiah Nobel
kerana menemui struktur DNA, untuk kesemua proses ini berlaku secara kebetulan
ia adalah sesuatu yang mustahil. Di dalam bukunya yang bertajuk Life Itself:
Its origin and Nature (New York, W.W.Norton, 1982) beliau memberikan satu
contoh yang berkaitan dengan kejadian protein. Untuk asid - asid amino
bercantum untk mengikut urutan yang betul demi melahirkan hanya satu protein,
terdapat 10 kuasa 260 kemungkinan (iaitu 1, diikuti dengan 260 angka 0..satu
angka yang sangat besar) yang boleh berlaku. Daripada kemungkinan yang begitu
banyak ini bagaimana asid - asid amino menentukan pilihannya dengan tepat
sehingga akhirnya dapat melahirkan bukan hanya satu protein malah pelbagai
jenis protein yang tahu pula cara berinteraksi dengan tepat dan memilih suasana
dengan tepat bagi melahirkan satu jenis hidupan? Justeru bagi Sir Francis
Crick, teori Darwin dalah satu teori yang tidak berasas di sudut sains.
SUMBER: Didapat dari berbagai sumber
Tidak ada komentar:
Posting Komentar